Lean Hands on Workshop di Kobelco & Materials Copper Tube (M) Sdn Bhd

Posted in Workshop

Lean Hands-On Workshop di Kobelco & Materials Copper Tube(M) Sdn Bhd (KMCT)

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Petaling Jaya telah menjalankan "Lean Hands-On Workshop 2014" bertempat di MPC Petaling Jaya pada 5 Jun 2014 diselaraskan oleh Cik Azira Mohamed Hodzai. Seramai 14 orang peserta dari 9 buah organisai telah menghadiri program ini yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ahmad Fadzil Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah 1 MPC. Taklimat pertama yang bertajuk "Kearah Perlaksanaan Pengurusan Lean" disampaikan oleh Encik Rosmi Abdullah. Aktiviti utama program ini adalah lawatan ke Kobelco & Materials Copper Tube(M) Sdn Bhd (KMCT), salah satu organisasi yang mengamalkan Pengurusan Lean. Taklimat turut disampaikan oleh penceramah jemputan dari KMCT iaitu Encik Lim Chen Kwan dan Encik Suhairi Kamaruddin. Taklimat yang diberikan adalah “Perlaksanaan Lean di Organisasi”.

Kobelco & Materials Copper Tube(M) Sdn Bhd (KMCT) adalah sebuah organisasi pembuatan yang menghasilkan copper tube(inner grooved/bare), capillary tube, ic tube, fabricated part. Antara best practices yang dijalankan di KMCT adalah 5S, 7 wastes, Gemba dan Kaizen.

Misi Pembelajaran Lean ke Jakarta, Indonesia 2014

Posted in Study Mission

Misi Pembelajaran Lean ke Jakarta, Indonesia 2014

Pada tahun 2014,Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) membawa peserta mengikuti Program “Misi Pembelajaran Lean ke Jakarta, Indonesia” pada 15-20 Jun 2014. Misi ini telah disertai seramai 5 orang peserta yang mewakili 4 buah organisasi yang diketuai oleh 2 orang wakil MPC. Objektif program ini adalah untuk melihat sendiri dan menilai aplikasi Lean yang diterapkan atau dibudayakan oleh organisasi di Indonesia seperti Rumah Sakit Kemang Medical Care, PT Unilever Indonesia, PT Toyota Astra Motor dan PT Akebono Brake Astra Indonesia.